EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2

ketahui rahsia potensi diri yang sebenar dari tarikh lahir.

 
waktu malaysia
 
pendaftaran kursus
 
Tempahan laporan
potensi diri

Dapatkan laporan potensi diri anda sekarang,dalam bentuk ebook.pdf,dengan memberi maklumat-maklumat yang diperlukan.


 

jadual aktiviti EMR
BULAN KURSUS/SEMINAR
   MEI  

JUN

 
   
   
Galeri gambar
 
keterangan Sains Metafizik
Tuesday, July 22, 2008
Sains metafizik adalah satu kaedah sains yang banyak menggunakan aplikasi statistic seperti pemerhatian kes (case observation), penyampelan (sampling) dan sebagainya. Sains metafizik astronumerologi menggabungkan dua jenis kaedah iaitu astrologi dan numerology. Kaedah astrologi adalah kajian tentang angkasa lepas iaitu bintang dan planet kini ianya dikenali sebagai astronomi. Mengkaji angkasalepas memang ada dinyatakan didalam Al-Quran contohnya, didalam surah Yasin tentang peredaran bulan serta surah An Nahl tentang kegunaan bintang-bintang di angaksa lepas sebagai tanda dan petunjuk kepada manusia.

Hidup kita sangat rapat dengan sains metafizik, ini adalah kerana kita sentiasa mencari persoalan hidup dan alam, contohnya kenapa kita sihat, kenapa semalam hujan dan sebagainya. Sains metafizik cuba menjelaskan sesuatu yang terjadi dengan cara metafizik iaitu sesuatu diluar rangka fizikal dan disebalik reality kejadian semulajadi. Sains metafizik melihat kepada bentuk matematik tentang sesuatu perkara, mengikut pendapat pemikir agung Yunani Phytagoras malahan terdapat di dalam Al-Quran surah Al-Thalaq, ayat 3.

Sepertimana para motivator dan kaunselor yang memainkan peranan amat penting didalam memberi semangat, cadangan dan teknik ke arah kecemerlangan, telah menggunakan ujian-ujian personaliti dan psikologi seperti psychometric assessment dan sebagainya untuk menkaji potensi dan kelebihan seorang siswazah. Begitu jugalah astronumerologi menggunakan kaedah seperti dibawah untuk merancang strategi dengan mengaplikasi kaedah sains metafizik dengan cara kiraan tarikh lahir menggunakan Astronumerologi bagi membangunkan sumber manusia yang cemerlang.

1. Melalui tarikh lahir dapat disingkap akan potensi-potensi diri yang terpendam,
kelemahan yang perlu diatasi dan pengaturan strategi dapat dilakukan.
2. Penerangan nombor utama iaitu potensi sebenar diri
3. Penghuraian nombor dua dan tiga kombinasi. Nombor dua kombinasi ini dapat dilihat
secara jelas, dan nombor tiga kombinasi pula ada yang dapat dilihat secara jelas ataupun
yang tersembunyi. Nombor-nombor inilah tersembunyinya apa potensi diri seseorang itu. 4. Nombor akhir hayat.
5. Interaksi elemen dengan kerjaya. Daripada nombor utama dapat dikenalpasti elemen dan
interaksi elemen yang dikaitkan dengan kesesuaian bidang yang boleh diceburi.
6. Kaedah Graf Tenaga Morfomatik juga digunakan dalam membantu memahami kaitan
cabaran atau ketidakseimbangan yang dialami.
posted by arie @ 10:47 PM   0 comments
 
Persoalan Tentang Kelahiran dan kelakuan manusia
Monday, July 21, 2008
Sering kali orang bertanya apakah orang yang lahir hari ini yang sama perwatakan yang sama? berikut adalah jawapannya.

Apakah kesemua orang yang lahir pada tahun yang sama mempunyai kelakuan sama?

Ya secara umum sama tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji bulan kelahiran

Apakah semua orang yang lahir pada bulan dan tahun yang sama mempunyai kelakuan sama?

Ya secara umum sama,tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji pada tarikh kelahiran.

Apakah semua orang yang lahir pada tarikh,bulan dan tahun yang sama mempunyai kelakuan yang sama.

Ya secara umum sama,tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji waktu kelahiran.

apakah semua orang yang lahir pada waktu,tarikh,bulan dan tahun yang sama mempunyai kelakuan sama?

Ya secara umum,tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji jenis pendidikan yang diberikan.

apakah semua orang yang lahir pada waktu,tarikh,bulan dan tahun yang sama serta memiliki pendidikan yang sama mempunyai kelakuan yang sama?

Ya secara umum,tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji latar belakang keluarga dibesarkan.


apakah semua orang yang lahir pada waktu,tarikh,bulan dan tahun yang sama serta memiliki pendidikan serta latar belakang keluarga yang sama mempunyai kelakuan yang sama?

Ya secara umum sama,tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji sifat keturunan(iaitu tarikh lahir ibu dan bapa)

Apakah semua orang yang memiliki semuanya sama mempunyai kelakuan yang sama

Ya secara umum sama tetapi ada sedikit perbezaan jika dikaji pilihan hati serta bentuk badan(morfologi) dan juga nama orang itu.

Tentunya...dari yang maha kuasa..

Kecemerlangan berlaku apabila anda berada pada hari,masa,tempat,sifat,interaksi,sikap dan arah yang betul! iaitu yang selaras dengan halatuju kejayaan.

kaedah ini bakal menunjukkan potensi dan kepastian anda.Tetapi andalah yang memilih!

Pilihan anda sangat penting.Takut segan,berani dan bersemangat untuk mengambil peluang potensi anda adalah PILIHAN anda.
posted by arie @ 10:31 PM   0 comments
 
Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
Saturday, July 12, 2008

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-
nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 +
0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,
Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,
Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill
Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,
Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,
Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie
Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha
Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.

posted by arie @ 6:16 AM   0 comments
 
SEMINAR CINTA, JODOH, PERKAHWINAN DAN SECARA SAINS METAFIZIK
Friday, July 11, 2008
Alhamdulilah SEMINAR CINTA, JODOH, PERKAHWINAN SECARA SAINS METAFIZIK` yang telah diadakan Pada 6 Julai baru baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan.ramai yang hadir ke Seminar ini dari pelbagai peringkat usia dan dari serata negeri telah hadir ke seminar ini. Diharap ianya dapat diteruskan lagi pada waktu akan datang.



En Eddy Rosyadie


antara yang hadir ke seminar
posted by arie @ 11:43 PM   0 comments
About Me

Name:       ARIEED
Company :EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES

Home:  Kuala Lumpur
Email:  Maibiz4u@gmail.com
Web  :  kuasailahdiri.blogspot

profession: Sales Marketing,
                    Consultant,

Phone  : +6012-9026972
Alamat : 17-3 Jalan AU1A/4B,Keramat Permai Busines Centre,off Jalan Setiawangsa,54200,Kuala Lumpur
Previous Post
Archives
ruangan chating
 
Links
Powered by

 

BLOGGER

 

free hit counter account login

Free hit counters!

 

© EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2 Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures