EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2

ketahui rahsia potensi diri yang sebenar dari tarikh lahir.

 
waktu malaysia
 
pendaftaran kursus
 
Tempahan laporan
potensi diri

Dapatkan laporan potensi diri anda sekarang,dalam bentuk ebook.pdf,dengan memberi maklumat-maklumat yang diperlukan.


 

jadual aktiviti EMR
BULAN KURSUS/SEMINAR
   MEI  

JUN

 
   
   
Galeri gambar
 
Petua Mendapat Pasangan - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Friday, June 27, 2008
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
posted by arie @ 10:32 PM   0 comments
 
maksud elemen nombor DIRI

NO 1

Mempunyai kebolehan dalam kebijaksanaan. Mempunyai kuasa analisis yang kuat. Dengan sentiasa membuat analisis, seseorang itu akan menjadi individu berilmu. Tetapi sekiranya seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa, ianya akan menjadi "tamak". Nombor '1' juga merupakan seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. Hiburan akan menjadi sesuatu yang baik dalam perhubungan awam. Kekayaan biasanya akan datang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun. Seseorang yang telah dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang kuat. Mempunyai semangat dalam persahabatan. Banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan..


NO 2

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa bertenang dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan,individu ini mempunyai kebolehan untuk mengikut. Individu ini sangat bagus dalam kerja P.R. Pencapaian dalam kehidupan ialah selepas 45 tahun. Kelemahannya pula individu ini menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga membawa cerita. Seorang yang sangat degil.


NO 3

Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. JUga mempunyai kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta. Individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun. Perkara negatif ialah individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Individu ini mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah) dan kadang kala seorang yang nakal. Suka berterus terang dalam berkata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. Sekiranya perhubungan ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan dan berlaku kekejaman.



NO 4

Individu yang suka belajar. Berbakat seni dan berjaya dalam peperiksaan. Boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah,suka mengembara dan menyebabkan kehidupan sentiasa ceria. Seorang yang sangat berkebolehan sejak awal muda. Sekiranya individu ini merupakan seorang perempuan, dia akan merupakan seorang yang manja, bagus dalam P.R dan peramah. Individu ini mudah bangkit apabila gagal dalam kehidupan. Nombor '4' ini lemah dalam mengumpul kekayaan. Perlu berhati-hati dalam perhubungan atau dalam perkahwinan, sekiranya tidak berhati-hati boleh menyebabkan situasi yang tidak dijangka.

NO 5

Sifat yang sangat kuat. Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Mempunyai daya naluri yang kuat dalam banyak perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan dikemudian hari. Seorang yang realistik dan tegas (sangat munasabah) dan bukan suka berangan-angan. Sekiranya nombor '5' ini dimiliki oleh individu yang rendah dan miskin, individu ini akan menjadi seorang yang sangat degil dan keras kepala. Nombor '5' sepatutnya lebih relaks dan tidak cerewet dalam isu-isu kecil dan sekiranya individu ini lebih relaks dalam prinsipnya serta membuang sikap degilnya, maka individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

NO 6

Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. '6' mengawal harta benda dan kekayaan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. '6' akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Perkara negatif pula ialah individu ini suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Individu ini tidak akan mendengar kata orang lain selain orang atasan tetapi mengambil berat tentang orang bawahan. Tuah tiba selepas umur mencecah 45tahun.

NO 7


Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. '7' sangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Tetapi '7' juga suka berlawan cakap, dan mempunyai banyak perkara yang hendak diperkatakan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik ramai orang yang suka bercakap buruk. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Akan mempunyai masalah dalam perkahwinan.
Individu ini sangat bagus mengendalikan hiburan.

NO 8


Sangat pendiam, konservatif dan pasif tetapi seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Nombor '8' ini tidak akan mempermainkan orang lain tetapi kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini pelu pintar. Luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang.

NO 9

Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. '9' tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dalam terperinci atau khusus. Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Luaran nampak kuat tetapi lembut didalam. Seorang yang emosional. Dikemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Tuah akan datang dipertengahan umur iaitu 35 tahun ke atas.

posted by arie @ 6:40 PM   0 comments
About Me

Name:       ARIEED
Company :EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES

Home:  Kuala Lumpur
Email:  Maibiz4u@gmail.com
Web  :  kuasailahdiri.blogspot

profession: Sales Marketing,
                    Consultant,

Phone  : +6012-9026972
Alamat : 17-3 Jalan AU1A/4B,Keramat Permai Busines Centre,off Jalan Setiawangsa,54200,Kuala Lumpur
Previous Post
Archives
ruangan chating
 
Links
Powered by

 

BLOGGER

 

free hit counter account login

Free hit counters!

 

© EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2 Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures