EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2

ketahui rahsia potensi diri yang sebenar dari tarikh lahir.

 
waktu malaysia
 
pendaftaran kursus
 
Tempahan laporan
potensi diri

Dapatkan laporan potensi diri anda sekarang,dalam bentuk ebook.pdf,dengan memberi maklumat-maklumat yang diperlukan.


 

jadual aktiviti EMR
BULAN KURSUS/SEMINAR
   MEI  

JUN

 
   
   
Galeri gambar
 
RAHSIA TARIKH LAHIR
Thursday, March 20, 2008

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai 'Paksi' untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

posted by arie @ 8:40 PM   2 comments
 
DILEMA HIDUP? BINGUNG? APA KEPUTUSANNYA?
Berbagai situasi atau senario yang mungkin anda hadapi dan memerlukan penyelesaiannya. Gunakan kaedah ini sebagai panduan dan motivasi.



* Seorang wanita diminati oleh 3 jejaka. Yang mana satu pilihan yang tepat sebagai teman hidup?

* Sepasang kekasih mahu membina rumah tangga, bolehkah dan mampukah mereka meneruskan proses pembinaan tersebut?

* Sepasang suami isteri berada di ambang perceraian, kenapa boleh berlaku dan apakah tindakan dan haluan seterusnya jika bercerai juga?

* Sepasang suami isteri ingin membeli sebuah rumah yang ditawarkan. Bolehkah mereka meneruskan proses pembelian itu?

* Seorang wanita mengalami masalah peranakan, kenapa dan bagaimana untuk mengatasinya?

Serta beratus-ratus lagi persoalan dan pilihan di dalam hidup


* Seorang graduan mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom, bolehkah beliau meneruskan kemahuannya itu?

* Seorang pemuda di Kuala Lumpur ditawarkan bekerja di Langkawi sebagai agen pelancongan walaupun beliau berkelulusan kejuruteraan. Bolehkah dia mengambil tawaran itu?

* Seorang majikan mendapati ada pekerja yang bersungguh dan ada yang tidak berdisplin, bagaimana untuk kenalpasti keupayaan mereka?

* Seorang wanita menghadapi kesukaran bekerja di restoran kerana tekanan majikan dan rakan sekerja, kenapa dan apa yang patut dilakukannya?

* Seorang pemilik perniagaan menghadapi masalah perniagaan yang besar, kenapa dan apakah strategi yang boleh diambil untuk atasinya?

* Anda mahu mencipta masa depan cemerlang untuk anak-anak, bagaimanakah caranya dan apakah kejayaan mereka nanti?

* Anda minat berniaga dan mahu menjalankan perniagaan, apakah bidang yang sesuai dan bolehkah anda melakukannya sehingga berjaya? Apakah cabaran yang bakal anda hadapi? Apakah strategi untuk berjaya?

TAKDIR: FAHAMI DAN KUASAI – ANDA TIDAK DICIPTA GAGAL

Anda ditakdirkan miskin (malahan jika anda tidak mahu berkerja untuk wang juga akan jatuh miskin), apakah anda mahu membiarkan takdir itu menguasai anda? Padahal banyak peluang perniagaan dan pendidikan ada di dunia masa kini.


Ø Anda ditakdirkan kaya, apakah anda mahu mula bersenang lenang tanpa kerja, kerana kadang kala takdir itu menjadi kenyataan apabila anda melakukan usaha ke arah itu.

Ø Anda diberi pilihan untuk menjadi hati mulia, bersopan dan berbudi bahasa. Anda jugalah yang memilih untuk menjadi seorang penjenayah. Kadang kala keputusan akhir dan takdir anda adalah perjalanan yang anda tempohi dengan pilihan anda.

Ø Anda ditakdirkan menjadi seorang doktor, mahukah dan bolehkah anda menjadi seorang jurutera? Takdir adalah sesuatu yang dianugerahkan kepada anda, namun anda juga yang memilih.

Ø Anda seorang wanita yang ditakdirkan untuk bercerai atau berkahwin dengan suami orang, apakah tindakan anda seterusnya iaitu apakah pilihan anda? Bolehkah anda berusaha jika anda mahu?

Ø Anda dilahirkan dengan takdir yang kurang baik, bolehkah anda melakukan sesuatu usaha untuk memperbaikinya, sekurang-kurangnya anda telah berusaha.

Ø Menjadi positif kadang kala membahayakan kita jika kita tidak bersedia atau hanya sekadar niat di hati. Banyak kes orang yang sangat positif tetapi gagal juga atau menempuhi terlalu banyak cabaran. Takdir perlu dilihat dan digunakan secara positif, itupun jika anda mengetahui rahsianya. Gunakanlah kaedah astronumerologi untuk mengetahui rahsianya supaya anda boleh menjadi positif yang lebih bermakna.

Ø Anda tahu anda tiada potensi berjaya malahan anda tiada takdir untuk berjaya, bolehkah anda memilih untuk berusaha dengan cara positif? Dengan kata lain, dengan cara positif yang mudah dan jalannya singkat iaitu menggunakan kaedah astronumerologi.

adakah anda mengetahui rahsia kecermelangan diri anda???

adakah ianya penting untuk anda ketahui???

adakah ianya sesuatu ramalan dan tidak wajar kita percaya kebenarannya??


namun apa yang kita akan katakan memang tak dinafi dalam kehidupan sekeliling ini banyak berhubungan dengan nombor. Numerologi.


adakah anda ingin tahu rahsia diri anda.???
posted by arie @ 8:31 PM   0 comments
 
anugerah dari kegagalan
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan


posted by arie @ 7:51 PM   0 comments
About Me

Name:       ARIEED
Company :EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES

Home:  Kuala Lumpur
Email:  Maibiz4u@gmail.com
Web  :  kuasailahdiri.blogspot

profession: Sales Marketing,
                    Consultant,

Phone  : +6012-9026972
Alamat : 17-3 Jalan AU1A/4B,Keramat Permai Busines Centre,off Jalan Setiawangsa,54200,Kuala Lumpur
Previous Post
Archives
ruangan chating
 
Links
Powered by

 

BLOGGER

 

free hit counter account login

Free hit counters!

 

© EVIDENCES MANAGEMENT RESOURCES v2 Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures